,

5 Tips Menjadi Kaki Jilat Terhormat

Kaki jilat merupakan nama lain bagi kaki bodek dan lansung tiada kena mengena dengan cerita biru.

Membodek dan mengampu merupakan amalan yang tertua di dalam mana-mana organisasi. Walaupun kita sendiri berasa meluat melihat golongan yang suka mengipas, adakalanya kita sendiri tidak sedar kita terbodek (ter lah sangat) tanpa sengaja.

Tetapi, bagaimana pula caranya untuk menjadi seorang kaki bodek yang ‘bermaruah’ supaya kita tidak dipandang hina oleh masyarakat sekeliling?

1. Jangan Bermulut Jamban

Kedengaran agak kasar tetapi inilah kenyataan. Mulut jamban merupakan perkataan kasar bagi menggantikan golongan yang suka bercakap buruk tentang seseorang supaya seseorang itu dibenci sekaligus dirinya di pandang mulia ( Oh.. So Madey Kutty).

2. Membantu Orang Lain

Gunakanlah kebolehan ‘menjilat’ yang dimiliki itu ke jalan yang diredhai. Jika anda mampu mempengaruhi seseorang untuk menyukai anda, mengapa anda tidak menggunakan kebolehan itu untuk membantu orang orang sekeliling? Sebagai contoh, anda merupakan setiausaha kepada CEO, tidak salah rasanya jika anda mencadangkan 5 bulan gaji untuk bonus raya bagi kesemua kakitangan syarikat.

3. Elakkan Terlalu Memuji

Menjadi seorang pembodek tidak perlu sentiasa bermulut manis kerana bimbang anda akan kelihatan fake atau dalam bahasa pasarnya ‘plastik’.

4. Ingat Hari Penting

Jika anda hidup dalam satu organisasi yang kecil sebagai contoh rakan sekelas. Tidak salah rasanya jika anda mengingati hari jadi setiap orang. Tidak perlu membuat surprise birthday party untuk semua orang (matila nakk), memadailah hanya dengan ucapan.

5. Elakkan Kelihatan Terlalu Terhegeh-hegeh

Seseorang  itu tidak akan dicop kaki jilat selagi tidak kelihatan terlalu terhegeh-hegeh. Amalan saling bantu membantu merupakan amalan mulia. Tetapi, elakkan terlalu menawarkan pertolongan pada orang yang sama. Melainkan jika seseorang itu betul-betul memerlukan pertolongan anda.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Cerekarashid : Pseudoscience

5 Cara Merawat Simptom ‘Butthurt’