,

Love WTF

“8 PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Jangan ingat kita masih ada hari esok baru nak menyesal!

Assalamualaikum. Seringkali saya dengar masalah dalam satu page ini. Ada yang suami curang sebab isteri sudah tidak cantik, gemuk lah apa lah semua nya.

 

Kita memang tahu suami ni memang nak isteri je sempurna padahal dorang tu pun bukan sempurna mana. Dengan muka penuh jerawat, berlubang, buncit, berdaki semua isteri tidak pernah complain pun tapi suami selalu complain isteri2.

 

Tidakkah kalian sedar isteri kalian sanggup menggadai nyawa untuk melahirkan zuriat kalian? Menjaga urusan rumahtangga kalian dengan sempurna sekali.

 

Tetapi, bila dahulunya isteri anda lah cantik meletop dan sekarang isteri anda sudah tidak secantik dahulu sanggup kamu memandang wanita lain hanya kerana dia tidak sempurna seperti dulu? Mengapa kalian begitu kejam sekali wahai suami suami?

 

Okay mari kita bincang dan cari penyelesaian supaya rumahtangga kalian harmoni. Jom amalkan petua ni :

 

1) ISTERI GEMUK/MUKA KUSAM

– tidak susah pun. Sekarang banyak supplement diluar yang jual untuk kurus. Apa salah nya beli untuk isteri kelihatan cantik depan mata korang. Google je pasti jumpa lah! Bukannya sibuk pandang orang lain!

 

2) SETIA DAN TUNDUKKAN PANDANGAN

-yang ni memang susah buat suami/isteri tapi kalau korang betul2 setia dan cuba korang ingat balik bagaimana susah nak dapat pasangan korang dulu. Tundukkan pandangan korang untuk pandang orang lain terutama suami ni haa. Cukup2 lah tengok perempuan lagi cantik dari isteri korang. Set mind korang yang “oh isteri aku lagi cantik. Aku boleh buat isteri aku lagi cantik dari dia”. Baru lah masa tu syaitan2 pun tak berani kacau. Korang tau tak, kalau korang tundukkan pandangan korang, Allah tinggikan darjat korang tau. Sebab apa?  Sebab korang berjaya jaga mata korang hanya untuk yang HALAL!

 

3) SENTIASA SAYANG MENYAYANGI

– sebelum/selepas pasangan pulang kerja sambut dengan ceria. Salam, peluk, cium pasangan korang tanda korang hargai pasangan. Sebelum tidur salam minta maaf atas segala dosa, jujur jika ada salah. Jangan simpan. Tidur berpelukan. Lagi ramai dah ada anak lagi bagus korang buat supaya anak akan respect korang. Buat ni setiap hari. Caya lah korang akan rasa nikmat bahagia tu wey!

 

4) KUALITI BERSAMA

-okay yang ni kalau cuti tu tolong lah jangan lah korang anggap cuti hanya lah cuti. Langsung tidak ada kualiti masa untuk keluarga. Saya selalu perasan suami ni kalau cuti duduk rumah macam oh duduk rumah ni dah kualiti bersama lepastu tidur main game langsung tidak fikir anak isteri. Tolong ya!  Tolong jangan buat macam ni. Isteri korang dah abdikan diri 24jam dirumah jaga anak, apa salahnya bila cuti bawak lah jalan jalan, window shopping pun tak apa asalkan isteri dan anak gembira!  Jangan pentingkan diri tidur satu hari dirumah lepastu bangun main game!

 

5) PUJI MEMUJI DAN DOA

-sentiasa lah puji dan doa pasangan anda tak kira masa. Contoh ketika pergi bekerja puji pasangan dan mendoakan supaya rezeki sentiasa masuk. Selepas “bersama” pun WAJIB puji pasangan tau!  Baru lah pasangan seronok dan gembira!

 

6) UPDATE PASANGAN

-sentiasa update lokasi dimana anda berada kepada pasangan. Supaya pasangan rasa dihargai dan merasa diri mereka penting dalam hidup anda

 

7) JANGAN TERLALU MELEBIHKAN KAWAN

-haa yang ni selalu sangat para suami lakukan. Tolong lah ya, suami ni sebagai tiang untuk menjaga isteri dan anak2 dirumah. Bukannya melepak sampai tengah pagi minum kopi dengan kawan kawan! Tak salah melepak, boleh tapi ikut masa lah. Jangan sampai MENGABAIKAN anak isteri! Kalau apa apa terjadi dengan anak isteri diluar jangkaan anda jangan pula menyesal ya! MASA TIDAK BOLEH BERPUTAR

 

8)BAWA BALIK MAKANAN

-tidak kira dimana para suami pergi dan ketika pulang ke rumah bawalah makanan untuk anak isteri. Walaupun hanya sebungkus jajan dan aiskrim!  Di situ lah pengikat rezeki si suami melimpah ruah. Tidak lupa anak isteri dirumah.

 

INGAT YA SUAMI/ISTERI

 

“JANGAN INGAT KITA MASIH ADA HARI ESOK!”

 

BARU NAK MENYESAL PUN TIDAK GUNA!

 

Semoga dengan ilmu yang saya kongsi ini dapat membantu pasangan diluar. Praktikkan ya?!  Terima kasih.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

“Makcik…Pakcik…Faris nak main..Tapi kenapa setiap kali Faris jatuh tangan Faris koyak makcik..?”

PUNCA- PUNCA ANAK MENJADI SOSIAL