, ,

Love

Allah balas cash! Rupa-rupanya inilah sebab mengapa suspek bakar tahfiz patah tangan

Allah balas cash!

Balasan Tuhan! Itu yang layak dikatakan kepada suspek kes bakar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Angkara perbuatan kejamnya, nyawa 21 pelajar dan 2 guru tahfiz melayang.

 

Jika anda pernah melihat gambar-gambar tujuh suspek bakar tahfiz yang tersebar sebelum ini, pasti akan timbulnya persoalan “mengapa salah seorang daripadanya ‘patah tangan‘ semasa ditahan polis,” bukan?

Salah seorang suspek bakar tahfiz

Lapor HMetro, seorang daripada tujuh suspek yang membakar asrama Pusat Tahfiz itu, terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dan akibatnya patah tangan kiri pada hari yang sama dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

 

Suspek berusia 16 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membantu ibunya berniaga pasar malam di Bangsar, kira-kira 5 petang, Khamis lalu.

 

Menurut sumber, “pada hari kejadian dia (suspek) masih meneruskan kerja seperti biasa dengan membantu ibunya berniaga di pasar malam.

 

“Sewaktu menunggang motosikal untuk ke pasar malam, dia terbabit dalam kemalangan dan patah tangan kiri.

 

“Selepas menerima rawatan di klinik, polis datang ke kediamannya dan menahan suspek bersama adiknya berusia 15 tahun, kira-kira 2 pagi, Jumaat lalu.”

 

Difahamkan juga suspek dihantar ke hospital untuk rawatan susulan, semalam.

 

Ibu suspek juga turut menemani anaknya itu ke hospital diiringi anggota polis.

 

Sumber – info kini

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Bahaya tengking anak?

Petua Hilangkan KAYAP. Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut..