,

Kerana muzik, remaja parah ditetak.

PASIR GUDANG : Hanya kerana menegur dua lelaki yang memasang muzik terlalu kuat dari sebuah kereta, seorang remaja parah akibat ditetak dibahagian belakang dan kepala. Kejadian ini berlaku di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa yang berusia 17 tahun diserang 15 lelaki dikawasan perumahan itu.

“Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran kecil dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motorsikal.

“Mangsa kemudian dikerumuni dan menyerang mangsa dengan senjata tajam.

Suspek dipercayai tidak tinggal dikawasan perumahan tersebut.

Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan parah dengan senjata.

Semua suspek masih lagi diburu, polis minta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta tampil untuk membantu siasatan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Gaji RM 10,000 barulah anda layak memiliki rumah di Malaysia

Tidak naik tol boleh risikokan pengguna jalanraya