,

Love Win WTF

” Kita benci mak! Mak jahat! Kenapa mak selalu pukul kita? Kenapa mak…?”

“Mak, kenapa mak pukul kita?  Mak selalu pukul kita. Kenapa tak pukul adik tak pukul kakak?  Kita tak buat salah pun. Padahal dorang yang salah. “

 

“Kita benci mak! Kita takkan maafkan mak!  Mak jahat!  Mak jahat! ” 

 

Ya Allah, 24 tahun berlalu. Kata-kata ni masih terngiang di dalam kepalaku sewaktu aku berkata begitu kepada insan yang telah melahirkan aku.

Ya, bagiku mak ku sangat jahat. Suka pukul aku sejak dari kecil lagi. Sampai kan aku sudah lali sudah tidak mampu hendak mengeluarkan air mata lagi akibat pukulan nya.

 

Ya, disebabkan itu juga aku jadi pendendam. Aku jadi remaja yang memberontak. Aku jadi budak nakal disekolah. Aku jadi budak sosial. Aku jadi budak “kejutan budaya”. Kerna apa?  Kerna aku dikongkong dan langsung tidak boleh buat apa dan pergi mana. Malah aku sanggup menipu jika pergi kemana-mana. Bila kantoi akan ku dapat lah “habuan” dari mak aku. Berbirat sana sini. Lebam. Tapi aku lali. LALI!  Masuk kanan keluar kiri. Langsung tidak endah apa kata dia. Aku memberontak dan terus berontak. Aku tidak peduli lagi akan beliau walaupun ada sebesar zarah sayangku padanya.

 

Dan bermulalah aku bergaul dengan rakan yang tidak baik. Aku jadi sosial. Aku mula berjinak-jinak melakukan benda haram. Sebab aku inginkan kasih sayang! Aku kurang rasa kasih sayang dari keluarga ku. Hanya dengan mereka aku merasa kasih dan sayang. Bertahun berlalu akhirnya perbuatanku dihidu keluarga ku, aku kantoi. Tapi sikit pun aku tidak rasa menyesal waktu itu. Hati aku hitam! Ya memang aku juga ada rasa sedih ketika mereka sedih tapi hati aku masih tidak puas!  Bagiku apa yang ibu ku telah lakukan padaku tak seteruk apa aku lakukan. Aku bodoh!

 

Hingga lah aku telah habis belajar dan bekerja. Mula nya mak tak bagi aku kerja luar negeri tapi aku nekad juga mahu. Sebab aku nak jauh dari ibuku. Tapi bila jauh, aku jadi rindu begitu juga ibuku. Sering menelefon ku tanya khabar. Bila aku pulang pula ibuku jadi perangai dia semula. Memukul ku walau semua kerja telah ku lakukan. Benci ku padanya semakin tebal tetapi saban hari aku memohon ampun darinya juga.

 

Bertahun aku menanti maaf darinya. Aku memohon kepada Allah supaya lembutkan hati ibuku. Bertahun aku menanti dengan kebencian ibuku sendiri, keluargaku, saudaraku. Penuh cacian dan pandang serong mereka padaku. Alhamdulillah dengan tidak putus ku berdoa Allah makbulkan doaku agar aku dapat redha dan maaf dari ibuku. Tapi tidak saudara maraku. Mereka masih pandang rendah padaku bahkan hendak menegur aku pun mereka tidak mahu. Aku senyum dan berkata dalam hati “Aku yang korang benci ni akan buktikan bahwa aku akan berjaya”.

 

Hubungan aku dan ibuku semakin rapat. Semakin sayang. Dan aku pun menjadi orang yang berjaya. Kahwin dan mempunyai anak. Bila aku sudah berjaya baru lah saudara mara ku mengaku aku ini saudaranya. Mengapa tidak masa aku jatuh dahulu?  Masa aku dihina?  Baru sekarang korang mengaku aku saudara?  Menegur aku?

 

Tetapi aku bukanlah sekejam kalian. Aku memaafkan kalian dan tidak pernah membenci kalian. Dan ketika itulah aku sedar bahawa selama ini mak hanya mahu jadikan aku seorang yang tabah. Seorang yang berjaya. Aku menyesal kerana pernah melukakan hatinya. Pernah membenci nya. Cuma satu mahu aku beritahu pada kalian:

 

1) “RODA ITU BERPUTAR, JANGAN LAH MERASA DIRI ITU SUDAH SEMPURNA SEHINGGA MENGABAIKAN PERASAAN ORANG LAIN. INGAT TAK SELAMANYA DIRI NI DIATAS, KADANG KALA YANG DIBAWAH ITU YANG AKAN MENOLONG MU KELAK”

 

2) “KETIKA SESEORANG ITU JATUH / HANYUT,  BANTULAH DIA SAMA-SAMA BERI SEMANGAT UNTUK DIA TERUSKAN HIDUP BUKANNYA CACIAN DAN HINAAN YANG DIBERIKAN. SETIAP UJIAN ALLAH BERI PADA HAMBANYA ADALAH BERBEZA – BEZA. TIADA APA YANG DIPERLUKAN SELAIN DARI DORONGAN ORANG TERSAYANG”

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

PUNCA- PUNCA ANAK MENJADI SOSIAL

“Dia kenalah ada karakter seperti yang saya ingin kan.”