,

LOL Love Win WTF pornstar

PPIM, Dari Hero Menjadi Zero?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan sebuah badan NGO yang berperanan melindungi hak-hak pengguna yang teraniaya. Banyak kes yang melibatkan penipuan diselesaikan dengan bantuan PPIM

Adakah PPIM gangster?

Jika dilihat cara pihak PPIM berurusan dengan pihak-pihak yang seperti Ah Long dan Scammer, agak sedikit lantang dan keras apabila berdepan dengan pihak ini, namun itu tidaklah menunjukkan bahawa PPIM ini adalah sebuah pertubuhan gangster yang berselindung dibelakang nama NGO. Rasanya sebelum PPIM bertindak sedikit keras, mereka menggunakan jalan diplomasi untuk berurusan dengan pihak-pihak ini.

“Buku bertemu ruas” mungkin ini ungkapan yang sesuai untuk PPIM apabila berurusan dengan Ah Long, takkan nak berlembut-lembut pula umpama berbincang dengan pihak bank. Mereka ini Ah Long, menggunakan kekerasan adalah cara mereka. Jadi ada benarlah pepatah mengatakan “Masuk kandang harimau mengaum”

Kes yang menularkan nama PPIM di laman maya

Sebenarnya ada sudah ada banyak kes yang mengangkat nama PPIM dimata masyarakat, seolah PPIM ini salah satu badan penguasa dinegara kita.

  1. Kes penipuan sewa beli kereta melibatkan syarikat AGR, PPIM bersama pengguna yang tertipu “melanggar” premis dan stor simpanan kereta mangsa. Kes ini mendapat liputan yang meluas dikalangan media.
  2. Kes penipuan pembinaan rumah yang dikepalai oleh Boy yang tak beriman. PPIM mewakili pakcik-makcik yang tertipu oleh artis suam-suam kuku ni. Malah ada insiden yang agak panas juga apabila Yusuf Azmi dilihat “naik darah” dan meluru kearah salah seorang suspek penipu. Namun yang kedengaran hanyalah bunyi “ketepekkkkk” kerana video “live” itu ditutup. Mungkin Yusuf Azmi sedang mengurut kepala scammer tersebut.

PPIM terpalit isu menolong seorang doktor gigi palsu

Semalam, dari diangkat menjadi hero masyarakat, nama PPIM tiba-tiba menjadi kejian dalam sekelip mata. Puncanya kerana PPIM telah membantu seorang doktor yang berkelulusan Universiti Tube (U Tube) membayar denda. Para pengamal perubatan mempersoalkan tindakan PPIM yang membantu seorang penipu yang mendakwa pakar memasang pendakap gigi.

Doktor Utube ini baru saja didenda oleh mahkamah kerana mengamalkan perubatan tanpa tauliah.

PPIM harus dibantu atau berkolaborasi dengan pelbagai pihak

Kita semua tahu bahawa PPIM tidak mendapat dana dari kerajaan, bahawa mudahnya ‘self survive”. Jadi sepatutnya pengamal perubatan juga membantu menyalurkan maklumat kepada PPIM supaya mereka tak tersalah bantu lagi dimasa akan datang. Tiada manusia yang buat silap. Dan tidak wajarlah kita melupakan jasa-jasa PPIM hanya kerana satu langkah yang silap.

Semoga PPIM terus maju dan membela mangsa-mangsa penipuan.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 9

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 66.666667%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 33.333333%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Petua Hilangkan KAYAP. Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut..

Gaji RM 10,000 barulah anda layak memiliki rumah di Malaysia