,

PUNCA- PUNCA ANAK MENJADI SOSIAL

Salah siapakah sebenarnya?

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.

 

1) Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja

 

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

 

 

2) Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

 

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa  begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah  untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

 

 

3) Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya

 

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

 

 

4) Sikap Individualistik Masyarakat

 

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. 

 

 

5) Pengaruh Negatif Media Massa

 

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.

 

 

Justeru itu, ibubapa memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk salasiah anak remaja kini. Jangan sampai anak anda sudah jadi remaja yang sosial baru ibubapa tuding jari masing-masing menyalahkan satu sama lain.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

“8 PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA”

” Kita benci mak! Mak jahat! Kenapa mak selalu pukul kita? Kenapa mak…?”