,

TMJ presiden baru FAM

TMJ presiden baru FAM

Berita pengunduran Tan Sri Annuar Musa dari pertandingan 1 lawan 1 dengan TMJ bagaikan suatu rahmat buat rakyat Malaysia,sekaligus menjadikan TMJ calon tunggal untuk jawatan Presiden FAM,antara kerusi panas yang ada dalam dunia sukan tanah air. Maka secara automatiknya TMJ lah yang akan menyandang jawatan itu. Dengan portfolio yang gempak ketika menerajui JDT keluar dari DNA ‘Long Ball Bodoh’,maka semua peminat bola tanah air mengharapkan agar TMJ juga mampu memacu skuad negara agar keluar juga dari sistem sepak bola ikut arah punai.

APAKAH PERKARA UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN TMJ?

Berdekad lamanya FAM itu dihuni oleh mereka yang menganggap FAM itu macam bapak mereka yang punya,inilah perkara pertama yang harus dilakukan oleh TMJ,iaitu mengusir keluar para penjilat dan pembodek didalam FAM,dan mengambil mereka yang betul-betul mahu dan tahu tentang bolasepak negara.

Sesudah mempunyai organisasi yang solid dan berintegriti,maka TMJ bolehlah meneruskan agendanya untuk bolasepak tanahair,membawa ‘blueprint’ dari JDT dan menggunapakainya didalam FAM pula.

APAKAH CABARAN YANG BAKAL DILALUI TMJ?

TMJ pastilah sedia maklum,bahawa baginda adalah individu yang paling dibenci dalam dunia bolasepak tanahair,kecuali bangsa Johor la. Ini kerana pembaharuan dan kejayaan yang terlalu pantas dibawakan baginda untuk JDT,serta kelancangan baginda melanggar artikel 88 yang cuba ‘membisukan’ pengkritik,namun tidak bagi TMJ,dengan royal blood yang ada pada baginda,itu juga menjadikan baginda ‘untouchable’ selepas mengkritik FAM,padan muka kau FAM.

JDT tak sama langsung dengan skuad Harimau Malaysia. JDT adalah sebuah kelab,yang mana jika kekurangan pemain,arahkan saja ejen pencari bakat untuk mencari pemain import. Tetapi skuad Malaysia tidak begitu,FAM harus menggunapakai tenaga anak Malaysia,disinilah cabaran yang bakal dihadapi TMJ,mencari pasukan kejurulatihan yang mampu mendidik pemain negara untuk bermain dengan kaki dan otak. Dan tidak menggunakan sistem ‘anak angkat’ seperti yang dilakukan jurulatih terdahulu yang gemar mengambil anak angkat mereka untuk mewakili negara berbanding dengan ‘on form selecttion’.

Apa-apa pun,jutaan peminat pasti tak sabar untuk melihat transformasi yang bakal dilakukan TMJ untuk bolasepak tanahair yang dijanjikan layak ke Piala Dunia 2014 oleh FAM yang dulu.

Dan persoalannya,adakah copot akan beracah-acah Zidane dengan mengumumkan kembali kepangkuan skuad kebangsaan? Kau lah jawab sendiri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

PATUTKAH APPLIKASI WECHAT DINYAHKAN DARI MALAYSIA?