,

Tragedi Arwah Thaqif,Apakah Yang Kita Boleh Pelajari?

 

Mohamad Thaqif Amin Bin Mohd Gaddafie,nama yang tidak akan dilupakan oleh segenap rakyat Malaysia. Sebuah tragedi yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat,tidak ketinggalan juga para pembesar negara.

Sebelum perginya anak kecil berusia 11 tahun ini,dia hanyalah seorang pelajar biasa disekolah pondok agama. Bercita-cita besar mahu menjadi seorang penghafaz Al-Quran,adik Thaqif reda untuk berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu.

Namun namanya menjadi perhatian apabila hukuman rotan yang dikenakan keatas dirinya atas kesalahan didalam pusat tahfiz mengakibatkan kedua belah kakinya terpaksa dipotong. Laporan awal hanyalah disebabkan jangkitan kuman yang telah merosakkan sarafnya dan memaksa doktor membuang kedua kakinya untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.

Setelah itu disyaki pula kuman juga merebak ketangannya,dan pihak doktor sudah pun merancang untuk memotong tangannya pula. Ditakdirkan Tuhan lebih menyayangi Arwah,adik Thaqif meninggal dunia petang itu.

Sebelum kematian Thaqif lagi rata-rata rakyat Malaysia sudah meluahkan amarah dialam maya,ada yang mahu agar warden yang merotan Thaqif dikenakan hukuman yang berat. Apatah lagi sesudah berita kematian Thaqif tersebar,sehingga ada pihak yang mahu menawarkan bantuan kos guaman untuk membantu keluarga Thaqif menuntut bela dimahkamah.

Persoalannya,adakah wajar kita semua menuduh warden itu sebagai pembunuh? kerana belum ada pembuktian sah yang hukuman rotan itu punca utama kematian Thaqif. Sebelum belum ada kata putus dari pihak berkuasa,adalah lebih baik kita semua mengambil beberapa iktibar dari kejadian ini. Baik pelajar,ibubapa,guru,dan pihak sekolah.

Pelajar.

– Sebagai pelajar,kita juga bertanggungjawab kepada diri-sendiri,memauhi arahan dan undang-undang sekolah/pusat pendidikan.

– Ketahui tahap kesihatan anda,jika ada aktiviti sekolah yang tidak sesuai dengan tahap kesihatan anda,maklumkan kepada pihak yang terlibat. Sama juga jika hukuman yang dijalankan keatas anda tidak sesuai dengan tahap kesihatan anda,maklumkan secepat mungkin agar pihak sekolah dapat menggunakan budi bicara mencari penyelasaian yang lebih baik.

Ibubapa

– Sebagai ibubapa,bukanlah bermakna jika anda menghantar anak anda kesekolah berasrama,maka tanggungjawab anda sudah tiada. Pemantauan aktiviti anak tetap diteruskan dengan bertanya kepada warden.

– Dengar luahan anak. Jika anak mengadu tentang masalah buli diasrama,ibubapa harus mengambil tindakan wajar dengan segera. Jangan biarkan anak menanggung pembulian mental dan fizikal sendiri. Kita dapat lihat nota yang ditinggalkan Thaqif betapa dia ingin berpindah sekolah kerana tidak tahan dibuli.

Guru/Warden

– Guru harus memantau aktivifi setiap murid,dan cuba untuk tidak mengenakan hukuman yang diluar dari garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Pihak Sekolah

– Pihak sekolah memainkan peranan penting. Difahamkan warden yang bertugas diasrama Thaqif mempunyai rekod jenayah lampau. Bukan untuk menidakkan peluang kedua untuk warden itu,tetapi pihak sekolah seharusnya lebih peka dengan rekod staff yang mereka ingin ambil.

– Bekerjasama dengan ibubapa pelajar untuk mengetahui tahap kesihatan mental dan fizikal para pelajar.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan,kita sama-sama tunggu laporan perubatan apakah yang menyebabkan kematian Thaqif. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia harus menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak membuat komen-komen berbaur hasutan. Biarlah keluarga Thaqif bertenang dulu menghadapi ujian ini.

AL FATIHAH UNTUK ARWAH MOHAMAD THAQIF AMIN,SEMOGA ROH NYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Gangster jadian

Membentuk Keperibadian Kanak-Kanak Seawal Umur 6 Tahun.