,

OMG Mariaozawa

Tragedi Sekolah Tahfiz, “Mereka Syahid”, adakah itu sudah cukup?

Subuh pagi ini, negara kita dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati apabila  lebih 20 penghuni pusat tahfiz rentung dalam kebakaran disebuah sekolah tahfiz. Seluruh negara berduka akan tragedi yang meragut lebih 20 generasi muda ini.

Bukan kali pertama.

Kebakaran yang melibatkan sekolah tahfiz ini bukanlah sesuatu yang baru, dilaporkan 20 kes kebakaran pusat tahfiz sudah direkodkan.

Kelemahan pihak pengurusan?

Adakah ini disebabkan kelemahan pihak pengurusan sekolah tahfiz? atau kurangnya kerjasama antara pihak berwajib seperti majlis perbandaran dan pihak berkuasa seperti bomba?

Paling menyedihkan apabila pihak pengurusan tahfiz menggunakan ayat “mereka mati syahid” untuk membilas kesalahan mereka. Adakah kerana mengejar pahala akhirat maka segala undang-undang keselamatan dunia dibelakangkan?

Ibubapa perlu memantau kualiti pusat tahfiz.

Kehilangan anak dalam tragedi kebakaran memang sesuatu yang meruntun hati ibubapa. Tiada siapa mahu kehilngan anak mereka dalam keadaan begitu. Namun ibubapa juga harus memainkan peranan penting dalam menghantar anak mereka ke pusat tahfiz. Pilihlah pusat tahfiz yang mematuhi undang-undang keselamatan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Bukan hanya sekadar menghantar dan mengharap anak-anak ini akan memimpin kita ke Syurga nanti sedangkan hakikatnya nyawa mereka dalam bahaya sepanjang masa.

Benar menuntut ilmu akhirat itu wajib bagi setiap umat Islam, namun agama juga menekankan aspek keselamatan harus diambil kira.

Adakah kerana ia pusat tahfiz maka harus diserahkan bulat-bulat kepada Tuhan untuk menjaga keselamatan pelajar ini? Benar semuanya adalah ketetapan Tuhan tentang ajal, namum kita digalakkan untuk berusaha meningkatkan mutu keselamatan pusat tahfiz agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Selaraskan peraturan keselamatan disemua jenis pusat pendidikan. 

Kerajaan harus bertegas dan menetapkan satu standard keselamatan pusat pendidikan dan asrama yang wajib dipatuhi oleh semua pusat pendidikan sama ianya milik kerajaan ataupun persendirian.

Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah tahfiz, semoga tragedi ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Al-Fatihah

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 3

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 66.666667%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 33.333333%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

RM250 sehari dengan memandu UBER.

Mereka menjerit “panas! panas! api…! api..!”